≡ Menu

Peserta Korban Tidak Pandai Sembelih

Peserta Korban Tidak Pandai Sembelih

SOALAN :

Ada orang kata kalau kita masuk korban lebih baik kita sembelih sendiri dan kena datang tengok masa sembelih itu.

Bagaimana kalau kita tidak pandai sembelih atau kita tidak pergi ke tempat sembelih sebab saya takut tengok lembu kena sembelih?

JAWAPAN :

Siapa yang mahu melakukan ibadah korban maka disunatkan dia sembelih haiwan korbannya dengan tangannya sendiri kerana mengikut Rasulullah saw.

Akan tetapi jika peserta korban itu perempuan atau tidak pandai sembelih maka harus hukumnya dia wakilkan kepada orang lain yang melakukan sembelih dan sebaiknya diwakilkan sembelih itu kepada orang yang alim dan taat beragama.

Tersebut pada kitab Al-Mufassal fi Ahkamil Udhiyyah :

وأما الإنابة في ذبح الأضحية فجائزة، وينبغي أن يوكل في ذبحها صاحب دين له معرفة بالذبح وأحكامه

Artinya : “Dan ada pun gaentian pada sembelih korban itu maka harus ia. Dan sayugia bahawa diwakilkan pada sembelihnya itu akan seorang yang taat bergama dan tahu cara menyembelih dan mengetahui segala hukumnya.”

Begitu juga disunatkan peserta korban hadir ke tempat sembelih supaya sama-sama mendapatkan keberkatannya.

Jika perserta korban tidak dapat hadir ke tempat sembelih kerana suatu uzur atau hajat yang lain atau dia takut melihat sembelih maka tidak menjadi sebarang kesalahan.

Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :

والافضل ان يذبح الرجل بنفسه ان احسن الذبح اتباعا لفعل النبي صلى الله عليه وسلم والسنة للمرأة ان توكل عنها وان يحضر المضحي اضحيته بنفسه عملا بالسنة وطلبا بالمغفرة

Artinya : “Dan yang afdhal bahawa orang yang melakukan korban itu sembelih sendiri jika dia pandai menyembelih kerana mengikut perbuatan Nabi saw dan disunatkan bagi peserta perempuan mewakilkan sembelih daripadanya. Dan disunatkan orang yang berkorban mendatangkan sendiri haiwan korbannya kerana beramal dengan sunnah dan menuntut dengan maghfirah.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

KESIMPULAN

Siapa yang melakukan ibadah korban disunatkan dia sembelih sendiri haiwan korbannya.

Jika tidak pandai sembelih atau tidak dapat hadir ke tempat sembelih disebabkan ada keuzuran atau peserta korban itu perempuan maka harus hukumnya dia wakilkan sembelih haiwan korbannya itu kepada orang lain.

Dan disunatkan bagi peserta korban hadir pada ketika haiwan korbannya disembelih jika tida ada sebarang keuzuran.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Kambing Aqiqah Murah Indonesia Daftar Aqiqah Sedekah Indonesia

Sebarang pertanyaan boleh klik button di bawah untuk WhatsApp team sales kami. Aqiqah Qurban WhatsApp Button
Open chat
Ada soalan?
Assalamualaikum,
Boleh saya bantu?